Samsung Electronics Co Ltd menyatakan amaran bahawa ia dijangka meraih pendapatan lemah pada 2019 ketika mana syarikat itu mencatat penyusutan 29% dalam keuntungan operasi suku keempatnya. Selain itu, peneraju pasaran global dalam cip computer dan telefon menyatakan pendapatahan tahunan mereka secara keseluruhan juga akan menurun walaupun jualan produk cip dan OLED akan pulih pada separuh kedua.
Cip keluaran syarikat Korea Selatan itu digunakan dalam kebanyakan telefon pintar utama, termasuk Apple dan Huawei Technologies Co Ltd. dan Cip memori serta cip pemproses menguasai kira-kira 72 peratus keuntungan keseluruhan syarikat itu.
Jualan telefon pintar yang lemah dan lebihan cip di pusat data AS, pengeluar cip memori global berhadapan kesukaran kerana ekonomi China berkembang pada kadar paling perlahan dalam hampir tiga dekad, tiada penyelesaian dalam perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China