Input your search keywords and press Enter.

Pelajar Vokasional Sukar Dapat Kerja?

M Update, 1/2/2019 – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengambil tindakan proaktif bagi menjamin kualiti program kolej vokasional dan kebolehpasaran pelajar.

Selepas tujuh tahun program peringkat Diploma Kolej Vokasional diperkenalkan, sudah tiba masanya program-program yang ditawarkan di Kolej Vokasional memberi keutamaan kepada standard pendidikan yang tinggi selaras dengan hasrat melahirkan pelatih yang berkualiti tinggi.

Sasatan Kementerian ialah menyediakan 70% pelajar sebagai tenaga mahir untuk bekerja di industri, 20% untuk menyambung pengajian, manakala 10% untuk menjadi usahawan.

Selain itu Kementerian akan memastikan Pendidikan Vokasional yang disediakan berkualiti menerusi penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti.

Seterusnya, ia juga perlu menyediakan program pengurusan akademik terancang dan efektif untuk kemenjadian murid, pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan, serta pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.

Dakwaan sesetengah pihak mengatakan Kementerian menutup beberapa sekolah Vokasional adalah tidak tepat sebaliknya sejumlah program terbabit ditangguh sementara bagi tujuan semakan semula kurikulum untuk memenuhi keperluan akreditasi MQA (Akademik-Pendidikan Berasaskan Hasil) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (Kemahiran-Latihan Kemahiran).

Sumber : FMT

Leave a Reply