Input your search keywords and press Enter.

Batam berjaga-jaga susulan kes cacar monyet di Singapura

M Update, 14/05/2019 –  Pentadbiran Batam sudah memulakan langkah pencegahan penyebaran potensi penyakit cacar monyet selepas Singapura melaporkan kes pertama virus jarang ditemui itu baru-baru ini.

Minggu minggu lalu, Singapura melaporkan, ia mengenal pasti satu kes cacar monyet yang dibawa seorang lelaki Nigeria, didakwa dijangkiti virus terbabit selepas makan daging haiwan liar dalam upacara perkahwinan di negaranya.

Susulan itu, pihak berkuasa di Batam menyediakan dua hospital iaitu Hospital Zon Bebas Perdagangan Batam dan Hospital Umum Embung Fatimah sebagai penyedia utama rawatan khas untuk pesakit cacar monyet disyaki serta memasang pengesan haba di lima pelabuhan antarabangsa yang menghubungkan secara langsung Batam dan Singapura.

Ketua Agensi Kesihatan Batam, Didi Kusumajadi berkata, pihak berkuasa juga memantau pelawat yang datang ke bandar itu menerusi lapangan terbang walaupun tiada penerbangan langsung menghubungkan Batam dan Singapura.

Didi dan pasukannya melawat Hospital Zon Bebas Perdagangan Batam semalam untuk memeriksa bilik isolasi dan kecemasan.

“Kami akan terus memantau situasi dan mengekalkan langkah pencegahan sehingga Singapura mengisytiharkan ia bebas daripada virus itu,” kata Didi kepada akhbar The Jakarta Post semalam.

Cacar monyet adalah endemik di beberapa bahagian Tengah dan Barat Afrika dengan gejala pada manusia termasuk luka, demam, sakit otot dan menggigil.

Virus itu boleh dipindahkan menerusi hubungan rapat dengan haiwan dijangkiti seperti tikus dan monyet serta terhad antara manusia. Ia biasanya tidak membawa maut namun boleh berlaku jika kes luar biasa. -Agensi

Leave a Reply