M Update, 1/2/2019 – Sebanyak 116,065 tiket daripada 129,822 tiket komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS ) untuk musim perayaan Tahun Baru Cina sudah terjual.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat tren tambahan untuk sektor KL Sentral-Ipoh- KL Sentral dan KL Sentral-Butterworth-KL Sentral bagi memnuhi permintaan orang ramai.
Perkhidmatan ini akan beroperasi pada 1 Februari sehingga 4 Febuari, dan 7 Februari sehingga 10 Februari ini. Tiket tambahan ETS sudah mula dijual pada 14 Januari lalu.
Sebanyak 9,984 tiket tambahan ETS ditawarkan, namun sehingga kini sebanyak 7,158 tiket sudah terjual.
Sesiapa yang masih belum beli tiket boleh la berbuat demikian memandangkan baki tiket yang tinggal sudah tidak banyak lagi.
Tiket ini boleh dibeli secara dalam talian melalui sesawang rasmi KTMB, aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) dan di kaunter KTMB.
Sumber : Harian Metro