Input your search keywords and press Enter.

Kemalangan Tragis Bas di Rusia

M Update, 3/2/2019 – Tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dan tiga puluh satu lagi cedera dalam satu kemalangan selepas bas mereka naiki hilang kawalan, terjatuh ke dalam parit dan terbalik di Wilayah Kaluga, Rusia bersempadan dengan Moscow.

Dua puluh tiga kanak-kanak yang cedera tidak mengalami kecederaan serius, lapor timbalan gabenor Wilayah Kaluga, Konstantin Gorobtsov.

Pemandu bas telah ditahan polis dan memberitahu bahawa kenderaan itu tergelincir dan hilang kawalan di jalan raya.

Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev telah mengarahkan menteri kesihatan untuk menyediakan semua bantuan yang diperlukan kepada mangsa.

Sumber:Xin Hua

Leave a Reply