Input your search keywords and press Enter.

Jumpa Bom Dalam Kilang Makanan Ringan

M Update, 4/2/2019 – Sebutir bom tangan Perang Dunia Pertama (WW1) Jerman dijumpai dalam kentang yang diimport dari Perancis untuk kilang kerepek di Hong Kong, kata polis.

Bom diletupkan semalam selepas ia ditemui di kilang makanan ringan jenama Calbee itu.

Superitendan Wilfred Wong Ho-hon memberitahu wartawan polis meletupkan bom tangan itu di dalam parit di luar kawasan kilang itu.

Bom itu bersaiz lapan sentimeter dan berat satu kilogram.

Bom tangan itu dipercayai ditinggalkan dalam parit semasa WW1 dan secara tidak sengaja dikumpulkan bersama kentang yang ditanam seabad kemudian di medan perang itu.

Sumber: Berita Harian, AFP

Leave a Reply