Input your search keywords and press Enter.

Ekonomi Biru – Malaysia Pakistan

M Update, 11/2/2019 – Malaysia dan Pakistan boleh saling membantu jika masing-masing membabitkan diri dalam pembangunan ekonomi biru sebagaimana mereka memperkukuh hubungan angkatan tentera laut kedua-dua negara.

Selain dimensi ketenteraan, ekonomi biru yang membabitkan pengurusan marin atau sumber lautan, menyediakan peluang penting kepada kedua-dua negara pada masa depan.

“Masa depan terletak di lautan. Sumber di daratan telahpun diteroka dan digunakan. Kini sumber berada di lautan. Kita boleh berkongsi maklumat dan pengalaman. Apa yang telah Malaysia capai, apa yang telah Pakistan capai, kita boleh saling memperkukuh antara satu sama lain dalam dimensi itu – Panglima Tentera Laut Pakistan, Laksamana Zafar Mahmood Abbasi.

Panglima Tentera Laut Pakistan itu turut melawat kapal perang milik TLDM yang mengambil bahagian dalam latihan tentera laut multinasional Aman Exercise 2019 anjuran Tentera Laut Pakistan yang berlangsung sehingga 12 Februari. Latihan multinasional itu akan mempertingkat kebolehoperasian dan persefahaman bersama angkatan tentera laut kedua-dua negara.

Pakistan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia kerana mengambil bahagian dalam Aman Exercise dengan menghantar dua kapal perang ke Pakistan.

Sumber : BERNAMA

Leave a Reply