Input your search keywords and press Enter.

Opsss Kan Dah Kena!

M Update, 11/2/2019 – Seramai 58 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah dalam beberapa siri operasi sejak 2 Februari lalu di sekitar Kota Kinabalu.

Kira-kira 20 gram dadah dirampas termasuk menerusi Ops Sarang yang telah dilakukan kelmarin.

Operasi bermula 9 pagi semalam itu berjaya menahan 11 individu dan merampas 10.71 gram dadah jenis syabu bernilai RM1,600 di Kampung Bakau, Likas dan kawasan Jelapang Padi, Inanam.

Dalam operasi berasingan sepanjang minggu ini polis turut berjaya merampas sebanyak 9.3 gram dadah bernilai RM1,395 dan 47 individu termasuk lapan daripadanya melakukan kesalahan memiliki dadah.

Semua tangkapan berusia antara 14 hingga 60 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply