Input your search keywords and press Enter.

Fahaman Ajaran Sesat Moden

Ajaran sesat merupakan  sebarang ajaran yang didukungi oleh orang Islam atau bukan Islam sedangkan ia bertentangan dengan Al-Qur’an, As-Sunnah, ijmak dan qias serta bercanggah dengan pegangan atau fatwa-fatwa ASWJ dari sudut akidah, syariat dan akhlak. Antara fahaman moden yang sesat dari sudut kepercayaan atau akidah yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti :

  • Nasionalisme iaitu fahaman yang meletakkan hubungan bangsa, keturunan dan kaum sebagai asas pemikiran atau perjuangan atau pemikiran yang mengutamakan asas kaum atau bangsa mengatasi perkara lain. Antara faktor atau asas yang membentuk fahaman ini ialah

[i] Persamaan bangsa atau kaum,

[ii] Persamaan bahasa dan,

[iii] Persamaan tempat lahir, tanah air atau watan.

  • Sekularisme iaitu fahaman, doktrin atau pendirian yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia atau pemikiran yang mendorong supaya kehidupan ditegakkan atas asas bukan agama dan memisahkan agama dari dunia. Ini bererti bahawa dalam aspek kehidupan seperti politik, pemerintahan, pentadbiran dan sebagainya harus berdasarkan sekularisme iaitu tanpa kaitan agama.
  • Liberalisme berasal daripada perkataan liberal yang bermaksud bebas dan terbuka. Liberalisme mengesyorkan kebebasan individu termasuk dalam hal beragama atau fahaman atau pendirian yang mahukan demokrasi serta kebebasan dalam setiap aspek kehidupan termasuk dalam beragama.
  • Pluralisme agama iaitu fahaman menyamaratakan, menjadikan atau menganggap sama atau sama rata iaitu tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu agama dengan agama yang lain. Persamaan dan kerjasama agama turut menjadi teras fahaman Pluralisme.
  • Sosialisme iaitu sistem ekonomi berasaskan pemilikan masyarakat ke atas sumber kekayaan semulajadi dan medium pengeluaran. Sosialisme dan Komunisme dilihat sebagai dua ideologi yang hampir serupa.
  • Kapitalisme iaitu sistem ekonomi berasaskan falsafah sosial dan politik atas dasar membangunkan pemilikan individu dan kawalannya secara meluas dalam konsep kebebasan.
  • Komunisme iaitu penyusunan masyarakat dan ekonomi berasaskan perkongsian milik dan campur tangan negara dalam kehidupan individu.

Sumber – Majlis Agama Islam Selangor

Leave a Reply