Input your search keywords and press Enter.

Kutip Cebisan Otak

M Update, 13/2/2019 – Seorang lelaki maut selepas digilis sebuah lori tangki dalam kemalangan di Kilometer 453 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran susur keluar Hospital Sungai Buloh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa, Abd. Rahman Ismail berusia 55 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala.

Seramai empat anggota APM Kuala Selangor yang bertugas di Plaza Tol Rawang bagi Op Selamat 14 (Operasi Selamat 14) dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, didapati mayat mangsa di antara lorong kiri dan tengah laluan terbabit dalam keadaan kepalanya pecah akibat digilis lori tangki berkenaan.

Pihak APM mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengutip cebisan otak mangsa di atas laluan berkenaan.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha 125Z ditunggang mangsa bergesel dengan lori tangki terbabit sebelum dia diseret kenderaan itu sejauh kira-kira 200 meter.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply