Input your search keywords and press Enter.

Memori Cinta Luka

M Update, 13/2/2019 – Seorang wanita parah selepas ditoreh di muka oleh lelaki warga Bangladesh dekat pusat beli-belah di Jalan SS 20/27, Damansara Jaya, Petaling Jaya, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, 24, luka hampir lima sentimeter bermula dari bibir hingga ke bahagian pipi kanan selepas lelaki warga Bangladesh terbabit bertindak menoreh bahagian muka dengan objek tajam.

Mangsa dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan di PPUM dan dia dibenarkan keluar sehari selepas kejadian. Pihak polis telah berjaya menahan suspek berusia lingkungan 20-an. Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk tindakan lanjut.

Suspek merupakan bekas teman lelaki mangsa dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca lelaki berkenaan bertindak menoreh muka wanita itu menggunakan senjata.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply