Input your search keywords and press Enter.

Jambatan Gantung Sultan Ismail

M Update, 13/02/2024 – Jambatan yang dibina sekitar 1920-an ini pernah menjadi laluan darat utama penduduk dari Kuala Krai ke Kota Bharu untuk melakukan urusan harian.

Walaupun khidmatnya ditamatkan pada 1986 susulan pembinaan jambatan baharu bersebelahan, namun jambatan yang turut dikenali Gertak Gantung Sungai Nal oleh masyarakat setempat masih gah berdiri sebagai mercu tanda warisan kebanggaan rakyat Kelantan.

Bagaimanapun, jambatan yang berusia lebih 100 tahun dan menjadi lambang ikonik seni bina Eropah itu mungkin tidak bertahan lama kerana dikhuatiri akan runtuh jika tidak diselamatkan.

Terdapat beberapa kesan retakan pada struktur binaan jambatan 21 meter panjang dan sembilan meter lebar merentangi Sungai Nal itu selain berlaku hakisan tanah berhampirannya.