Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) lancar bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai salurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah serta salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil Semenyih.
Menurut SRPM, bilik gerakan itu yang beroperasi 24 jam akan ditempatkan di tingkat bawah Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, Kajang.
Dalam pada itu, SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).