Input your search keywords and press Enter.

Malam luar biasa Juventus

M-Update,13/3/2019, TURIN: Cristiano Ronaldo menyifatkan kemenangan 3-0 Juventus ke atas Atletico Madrid pada aksi kedua peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara, awal pagi tadi sebagai ‘malam yang luar biasa’ buat juara Itali itu. Selepas mengalami defisit susulan kekalahan 2-0 di tempat lawan bulan lalu, Ronaldo tampil dengan persembahan cemerlang apabila meledak hatrik untuk menjulang Juventus mara ke suku akhir dengan keputusan agregat 3-2.

“Ia akan sentiasa menjadi malam yang istimewa dan ia bukan saja kerana jaringan itu, tetapi untuk pasukan,” kata Ronaldo. “Ini adalah mentaliti juara. Ini adalah sebab utama mengapa Juve membeli saya, untuk membantu meraih malam yang magis seperti ini.”

Kekalahan Atletico kendalian Diego Simeone menyaksikan harapan kelab Sepanyol itu untuk beraksi di pentas final yang dijadual di gelanggang sendiri, Stadium Wanda Metropolitano pada 1 Jun depan turut terkubur.“Juventus bermain dengan cara yang sama seperti kami lakukan pada perlawanan pertama. Kami bergelut dan mereka layak mara ke suku akhir,” kata Simeone.

“Saya tidak fikir ia adalah persembahan terburuk kami. Mereka bermain dengan lebih baik dan kami perlu mengucapkan tahniah kepada mereka.”Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri dalam pada itu memuji kematangan yang ditonjolkan skuad kendaliannya.

“Mereka menunjukkan kematangan yang hebat. Mereka menampilkan permainan terbaik, saya perlu mengucapkan tahniah kepada mereka. Inilah yang kami mahukan pada aksi pertama. “Pada malam ini kami jelas, ada risiko ia akan menjadi perlawanan yang gila, seolah-olah ia perlu dilakukan dalam tempoh 10 minit.” – AFP

Leave a Reply