Input your search keywords and press Enter.

British Sangsi Leftenan Adnan Adalah Perajurit

M Update, 15/2/2019 – Semalam, tanggal 14 Februari membawa makna mendalam dalam lipatan sejarah Singapura. Pada tarikh ini, 77 tahun lalu, Leftenan Adnan bin Saidi dan askar-askar pimpinannya gugur mempertahankan Permatang Pasir Panjang dalam medan Perang Dunia Kedua.

Perjuangan Leftenan Adnan diperingati Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal dalam Negeri merangkap Kesihatan Amrin Amin dalam satu catatan di laman Facebooknya.

“Seorang wira Singapura berkorban nyawa genap 77 tahun lalu hari ini. 14 Februari 1942 – Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau berjuang mempertahankan kebebasan kami,” tulis Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang itu hari ini (14 Feb).

“Kalah senjata. Kalah jumlah. Leftenan Adnan dan 42 askar platun Rejimen Melayu berjuang dengan jiwa dan raga. Bersenjatakan hanya bayonet apabila kehabisan peluru semasa Pertempuran Bukit Chandu.”

Encik Amrin menyingkap kepentingan pertahanan di Pasir Panjang yang merupakan lokasi strategik dan pertahanan terakhir antara penjajah Jepun dengan tempat simpan bekalan dan peluru pihak British serta tempat-tempat penting lain.

Beliau memuji pengorbanan Leftenan Adnan dan askar-askar Rejimen Melayu yang pada mulanya “disangsi pihak British sebagai perajurit” namun membuktikan diri sebagai “antara yang terbaik”.

Memilih moto untuk platunnya “Biar putih tulang, jangan putih mata,” Leftenan Adnan kekal menjadi inspirasi hingga ke hari ini.

“Berundur tidak pernah menjadi satu pilihan, sehingga ke askar yang terakhir, mereka terus berjuang dengan keberanian dan semangat wira. Muzium Bukit Chandu di Pasir Panjang mengenang pertarungan sengit dan waja ini.

Encik Amrin menyanjung tinggi askar-askar Rejimen Melayu sebagai “singa berani dan perwira” Singapura dan menyeru generasi hari ini untuk terus menghidupkan semangat terpuji mereka.

“Leftenan Adnan dan 42 askarnya gugur, namun berdiri teguh (dalam lipatan sejarah) sebagai singa-singa berani, perwira dan anak Singapura.

“Keberanian dan kecekalan nenek moyang kita terus mekar dalam setiap diri kita. Kebebasan dan kedaulatan kita adalah amat berharga. Saya tabik Leftenan Adnan dan para askarnya.”

Selain Encik Amrin Amin, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) turut merakam jasa Rejimen Melayu sempena Hari Pertahanan Mutlak.

Video yang dimuatnaik ke laman Facebook ‘The Singapore Army’ itu menyingkap kronologi Pertempuran Bukit Chandu.

Battle of Pasir Panjang Ridge

On 13 Feb 1942, the Japanese Imperial Army shifted their attention towards Pasir Panjang Ridge. The ridge offered a passage into the Alexandra area where a British Military Hospital and the main British ammunition and ordinance depots were located. Lieutenant (LT) Adnan and his platoon of 42 men from the Malay regiment were stationed at Pasir Panjang village and they faced gunfire and aerial bomb. Subsequently, they were ordered to retreat to the top of Bukit Chandu where they put up a strong fight against the Japanese advancement. However, they were eventually out-numbered and ran out of ammunition during the subsequent attack by the Japanese. The Malay regiment eventually fell to the Japanese on the 14 Feb 1942.1942 photo from: National Archives of SingaporePresent photo by: CPL Cyril Tang, CPL Shawn Cheow and LCP Isaac Ong (Army News)#TotalDefenceDay2019 #LestWeForget

Posted by The Singapore Army on Rabu, 13 Februari 2019


Sumber : Beritamediacorp/tq


Leave a Reply