M Update, 21/2/2019 – Kehadiran robot dalam pasukan polis di Kerala, India, menarik perhatian ramai. Diserap menyertai angkatan itu, robot berkenaan turut mempunyai pangkat tersendiri.
Susulan itu, timbul pelbagai persoalan termasuklah skop tugas robot berkenaan. Menurut pihak polis, ia tidak akan ditugaskan untuk menangkap penjahat atau mengendalikan senjata api.
Sebaliknya, ia akan diletakkan balai polis untuk menjalankan tugas berkaitan pejabat sahaja. Robot polis wanita itu mula bertugas pada Selasa sebagai sub-inspektor.
Menurut wakil polis, Loknath Behra, robot itu diperkenalkan bagi memperkasakan penggunaan teknologi dalam angkatan mereka. Dikenali sebagai KP Bot, ia akan bertugas untuk merekod laporan dan daftar masuk orang ramai ke balai polis tersebut.
Lebih menarik, ia berupaya mengenal pasti anggota polis yang lain berdasarkan pangkat yang berbeza-beza dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) yang digunakan.
Sumber : Mstar Online, Dailystar