Input your search keywords and press Enter.

Cari “Pelanggan” Melalui Portal

M update, 26/2/2019 – Bahana menggunakan portal bagi mempromosikan dan mencari pelanggan, akhirnya modus operandi yang digunakan oleh satu sindiket disyaki aktif menjalankan aktiviti pelacuran dengan menawarkan khidmat wanita warga asing dari Thailand dan Indonesia.

Turut dimuat naik dalam portal berkenaan, gambar dan video wanita yang berpakaian seksi bagi membolehkan pelanggan membuat pilihan untuk tempahan.

Bagaimanapun, kegiatan sindiket berkenaan terbongkar apabila sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sebuah hotel bajet di Sunway Mentari, Petaling Jaya, kelmarin.

Dalam serbuan bermula jam 9.30 malam itu, 11 wanita warga asing disyaki pelacur ditahan bersama empat lelaki tempatan dipercayai pelanggan.

Hasil serbuan pihak polis telah menahan 10 wanita warga Thailand dan seorang wanita warga Indonesia. Semakan mendapati semua wanita berusia 20 hingga 30 tahun terbabit memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Siasatan awal mendapati mereka baru lima hari menjalankan aktiviti pelacuran di hotel bajet berkenaan yang dijadikan pusat transit. Mereka diuruskan oleh seorang ejen lelaki yang mempromosi aktiviti pelacuran menggunakan satu portal khidmat seks kepada pelanggan.

Pelanggan ingin mendapatkan khidmat wanita terbabit akan berhubung menerusi aplikasi WhatsApp dan WeChat untuk membuat tempahan dan harga ditawarkan adalah RM230 sejam, manakala RM950 untuk satu malam.

Empat lelaki tempatan berusia 20 hingga 30 tahun turut ditahan, dipercayai pelanggan dan merampas kondom serta gel pelincir disyaki digunakan bagi kegiatan pelacuran.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply