Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
Malaysia, Brunei Mantapkan Ekonomi Dan Perdagangan - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

Malaysia, Brunei Mantapkan Ekonomi Dan Perdagangan

M Update, 27/2/2019 – Beberapa cadangan baharu di dalam bidang ekonomi dan perdagangan yang bermanfaat untuk Malaysia dan Brunei dibangkitkan pada pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Ia termasuk cadangan mewujudkan kerjasama di antara dewan perniagaan Malaysia dengan dewan perniagaan Negara Brunei Darussalam.

Ia adalah berterusan Kerajaan Malaysia yang baharu dalam mengukuhkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dan strategik.

Sesi pertemuan TPM dengan Sultan Brunei dimanfaatkan untuk menyatakan dengan lebih lanjut berkaitan dasar-dasar Malaysia di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.

Isu-isu serantau yang membabitkan peranan Malaysia, seperti peranannya dalam membantu pelarian Rohingya menerusi aktiviti kemanusiaan dengan penubuhan Hospital ‘Medan’ Malaysia di kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh, turut disentuh dalam pertemuan itu.

Merujuk kepada pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Brunei yang juga menteri bertanggungjawab mengenai wanita, keluarga dan masyarakat, Mej Jen (B) Datuk Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Abidin, Dr Wan Azizah berkata antara yang dibincangkan adalah usaha meningkatkan lagi kerjasama golongan wanita dan belia antara kedua-dua negara.

“Kami juga bertukar-tukar pandangan berkaitan amalan terbaik bagi dasar-dasar yang dapat membantu golongan warga emas, ia termasuk (pandangan mengenai) usaha-usaha yang telah dan boleh dilaksanakan bagi membantu persediaan golongan wanita untuk menyertai pasaran tenaga kerja,” – Dr Wan Azizah

Sumber : BERNAMA

Leave a Reply