Input your search keywords and press Enter.

KASIH MALAYSIA lawat NADMA

FOTO:BERNAMA

M-Update,5/3/2019, PUTRAJAYA: Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH MALAYSIA) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri di sini semalam. NADMA memaklumkan, delegasi berkenaan diketuai isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang juga Yang Dipertua KASIH MALAYSIA dan disertai 13 EXCO pertubuhan itu.

Katanya, delegasi disambut Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Pengarah NADMA, Datuk Mohtar Ab Rahman; pegawai NADMA serta barisan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia.“NADMA adalah agensi pertama yang dilawati KASIH MALAYSIA sebagai sebahagian daripada perancangan untuk meningkatkan kerjasama strategik antara Kasih Malaysia dan agensi kerajaan.

“Lawatan hari ini antara lain adalah untuk menjalinkan hubungan silaturahim antara KASIH MALAYSIA dan NADMA. KASIH MALAYSIA juga berminat untuk mengetahui prosedur pelaksanaan bantuan bencana yang dilaksanakan serta mengenal pasti ruang kerjasama yang boleh diterokai bersama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.NADMA memaklumkan, Dr Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan aluannya, berkata lawatan KASIH MALAYSIA itu sangat bermakna terutama bagi peringkat antarabangsa yang menekankan pembabitan wanita yang lebih inklusif dalam pengurusan bencana.

“Kerajaan Persekutuan yang baharu sangat memberi keutamaan dan pendekatan yang inklusif terhadap keperluan golongan wanita, kanak-kanak serta orang kurang upaya (OKU) dalam pengurusan bencana.“Tiga golongan ini mudah terjejas ketika bencana kerana mempunyai akses yang terhad kepada maklumat, perkhidmatan kewangan, hak ke atas tanah dan hartanah, serta akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.

“Segala masalah ini boleh diatasi dengan kerjasama semua pihak yang bersedia untuk meningkatkan ketahanan komuniti terhadap bencana secara menyeluruh,” katanya.NADMA berkata, pihaknya sangat menyanjung tinggi matlamat penubuhan KASIH MALAYSIA yang menetapkan pengurusan bencana sebagai satu daripada lapan portfolio yang diwujudkan.—BH

Leave a Reply