Input your search keywords and press Enter.

Tafsiran Menyeleweng Mencemari Kesucian Islam.

Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orangorang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah An-Nisaa’; 4 : 115)

Sesungguhnya mengikuti jalan yang lain daripada yamg ditetapkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah adalah penyelewengan dan kesesatan. Segala persoalan agama wajib dirujuk melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Sumber perundangan Islam yang disepakati iaitu Al-Quran, As-Sunnah, ijmak dan qias adalah rujukan dalam membincangkan isu-isu baharu dalam Islam. Namun, segala tafsiran terutamanya teks-teks atau nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah mempunyai disiplin ilmu khusus yang perlu dipenuhi. Ia tidak boleh ditafsirkan oleh sesiapa sahaja apatah lagi individu yang tidak mempunyai kelayakan.

Kini, persoalan berkaitan tafsiran teks-teks atau nas-nas lebih mudah dirujuk kepada Pejabat Agama Negeri-negeri, Pejabatpejabat Mufti Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Institusiinstitusi ini adalah sebagai rujukan dalam kita berhadapan dengan segala pemikiran dan fahaman baharu. Langkah Pejabat Agama Negeri-negeri meletakkan syarat guru-guru agama di setiap negeri untuk mendapatkan tauliah mengajar terlebih dahulu dilihat sebagai langkah kawalan fahaman-fahaman atau ajaranajaran yang mungkin mengelirukan dan menyeleweng daripada ajaran ASWJ. Justeru, pastikan bahawa para guru, astaziah (ustaz dan ustazah), penceramah atau sesiapa pun yang mengajarkan agama kepada kita adalah individu yang dikenali, bertauliah dan mempunyai kelayakan.

Sebuah kata-kata yang dinisbahkan kepada Muhammad Bin Sirin menyebutkan:

Maksudnya: “Sesungguhnya ilmu ini berkait dengan urusan agama. Oleh itu perhatikanlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu.”

Leave a Reply