Input your search keywords and press Enter.

Pegawai PBB antara mangsa nahas pesawat Ethiopian Airlines

M Update, 11/3/2019 – Sekurang-kurangnya 19 kakitangan agensi bersekutu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disahkan antara mangsa yang terbunuh dalam tragedi pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas berhampiran Addis Ababa, semalam, kata agensi PBB.

Terdahulu, semua 157 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 737 terbunuh selepas pesawat itu terhempas beberapa minit selepas berlepas dari Addis Ababa menuju ke Nairobi, iaitu lokasi persidangan anjuran PBB.

Maklumat awal yang diperoleh menunjukkan 19 anggota pertubuhan berkaitan PBB terkorban dalam nahas itu.

Beberapa lagi kakitangan daripada sekurang-kurangnya lima pertubuhan PBB dan sekutunya juga dilaporkan terbunuh,” kata ketua Pertubuhan Antarabangsa bagi Penghijrahan (IOM), Antonio Vitorino.

Vitorino berkata, selain IOM, agensi terbabit adalah Program Makanan Dunia, Agensi Pelarian PBB, Bank Dunia dan Agensi Alam Sekitar PBB.

Sumber : AFP

Leave a Reply