Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd. menganugerahkan perjanjian kontrak perkhidmatan pemeriksaan bawah air bernilai RM40 juta kepada Alam Maritim Sdn Bhd. Kontrak itu membabitkan satu skop kerja asas dan pemeriksaan berjadual ke atas pelantar jaket Carigali Hess, saluran paip serta kemudahan penyimpanan dan pemindahan terapung (FSO).
Tempoh kontrak adalah selama empat tahun mulai 5 September 2018 sehingga 4 Sept 2022, dengan opsyen lanjutan sehingga setahun dan kontrak itu juga dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 sehingga 2022
BERNAMA