Input your search keywords and press Enter.

Rakyat Malaysia Digesa Keluar Dari Iran

M Update, 18/06/2025 – Semua rakyat Malaysia yang menetap di Iran dinasihatkan meninggalkan negara berkenaan serta-merta melalui apa-apa kaedah selamat dan tersedia.

Nasihat itu dikeluarkan Kementerian Luar (KLN) yang memantau perkembangan keselamatan di Iran melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran.

Memandangkan keadaan yang semakin meruncing, semua rakyat Malaysia yang berada di Iran adalah dinasihatkan meninggalkan negara tersebut dengan serta-merta melalui apa jua kaedah selamat dan tersedia.

Situasi semasa adalah sangat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal.

Keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di Iran kekal sebagai keutamaan, selain usaha dipertingkatkan susulan tindakan agresif rejim Zionis terhadap Iran Jumaat lalu, yang memburukkan lagi ketegangan secara ketara di rantau berkenaan.

Kedutaan Besar Malaysia di Tehran ketika ini terus berhubung rapat dengan semua rakyat Malaysia yang berdaftar di Iran. Semua mereka disahkan selamat dan sudah dinasihatkan untuk meninggalkan Iran dengan segera.

Kedutaan Besar Malaysia di Tehran juga akan terus menyediakan bantuan konsular yang diperlukan bagi memudahkan proses perjalanan mereka dari Tehran.

Sementara itu, KLN berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, bilik gerakan diaktifkan berkuat kuasa semalam, dengan ahli keluarga terdekat rakyat Malaysia yang berada di Iran boleh menghubungi untukmendapatkan maklumat lanjut di +603 8887 4570 atau melalui e-mel di dutyofficer@kln.gov.my.

Jika berlaku kecemasan, rakyat Malaysia di Iran boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran di alamat No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb atau menerusi talian +98 21 8807 2444, +98 21 8807 8606, +98 933 535 2602 serta e-mel di mwtehran@kln.gov.my / mwconsular.teh@gmail.com.

Jumaat lalu, Israel dilaporkan berkata, serangan ke atas Iran pada dilancarkan susulan kebimbangan terhadap tindakan Tehran membangunkan keupayaan senjata nuklear sejak kebelakangan ini.

toto slot toto slot
d