M Update, 13/3/2019 – Kerajaan Johor menafikan dakwaan viral laman sosial yang mengatakan pencemaran gas metana sudah merebak ke seluruh Pasir Gudang, semalam.
Kerajaan negeri turut menafikan dakwaan viral seorang pelajar sekolah meninggal dunia akibat pencemaran gas metana dan hospital mengeluarkan arahan bersiap sedia (red alert).
Sementara itu, sumber Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), memberitahu pihaknya sudah dimaklumkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bahawa kualiti udara di lokasi pembuangan sisa kimia dan Pasir Gudang masih terkawal.
Kualiti udara masih terkawal dan tidak perlu ‘evacuate’ (melakukan pemindahan penduduk).
Hari ini, Datuk Azizan (Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi NADMA, Datuk Azizan Abu Taat) akan membuat kenyataan media.
Sumber : Berita Harian