Input your search keywords and press Enter.

Tiada ‘Red Alert’ di Hospital Sultan Ismail

M-Update,13/3/2019, KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan penularan khabar angin menerusi WhatsApp kononnya Hospital Sultan Ismail Johor Bahru membuat perisytiharan ‘Red Alert’ susulan terdapat beberapa kes kematian akibat pencemaran sisa toksid bandar raya itu.

Pengarahnya, Dr Selahuddeen Abd Aziz, berkata hingga kini tiada sebarang kematian susulan kejadian pembuangan sisa toksik di daerah Johor Bahru. Justeru, JKNJ menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mempercayai dan menyebar maklumat palsu yang boleh menimbulkan kerisauan.

“Kami juga berharap masyarakat lebih prihatin dan hanya mendapatkan maklumat sahih dari pihak berwajib. Maklumat terkini keadaan akan disiarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini..

Terdahulu, media melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal mengesahkan sebanyak 13 sekolah berhampiran Sungai Kim Kim di sini, terpaksa ditutup buat sementara waktu akibat pencemaran dengan bahan kimia mengeluarkan gas metana.Katanya, selain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, SMK Tanjung Puteri Resort dan SK Tanjung Puteri Resort yang sudah ditutup sehingga hari ini, sembilan lagi sekolah ditutup bermula hari ini.

Ini termasuklah SK Pasir Putih, SK Kota Masai 2, SMK Kota Masai 2, SK Kota Masai 3, SMK Kota Masai, SK Kota Masai, SK Perigi Acheh, Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih.

Leave a Reply