Projek penting bagi melengkapkan pertumbuhan di rantau ini malah, Kompleks Bersepadu Pengerang bernilai AS$27 bilion disiapkan dalam tempoh 5 tahun. PETRONAS dan Saudi Aramco secara bersama memiliki kompleks penapisan yang mempunyai kapasiti 300,000 tong sehari (bpd) di Pengerang Johor Malaysia. Kapasiti penapisan PETRONAS mampu mencapai 700,000 bpd, jika termasuk kepentingan ekuitinya di kompleks Pengerang itu, manakala pengeluaran petrokimia akan meningkat kepada 14.6 juta tan setahun (tpy) 12.7 juta tpy ketika ini dan ia dijangka bermula menjelang akhir bulan Mac 2019.
Oleh itu, produk minyak PETRONAS daripada Pengerang Integrated Complex Johor dijangka akan dikeluarkan pada April ini apabila projek tersebut memulakan pengeluaran komersial sepenuhnya pada bulan Oktober.
Naib Preseiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran PETRONAS Datuk Md Arif Mahmood berkata. Produk awal tidak akan memenuhi spesifikasi komersial disebabkan masih diperingkat percubaan dan pengeluaran bahan api dari kilang penapisan baharu itu akan mengimbangi bekalan dan permintaan petrol di Malaysia, selain mengeksport diesel.
Mengulas lanjut, beliau berkata syarikat juga bersedia melakukan lebih banyak ‘pengadunan’ untuk memenuhi permintaan minyak rendah sulfur dari kapal pengangkut apabila peraturan bahan api baharu dilaksanakan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), bermula 2020. PETRONAS berusaha menggalakkan orang ramai untuk bertukar kepada gas asli cecari (LNG) dan menjangkakan industry berkenaan mula mencari bahan api rendah sulfur bermula Oktober. DIsamping itu, PETRONAS akan menghasilkan bahan api sulfur tinggi di penapisan Egen Afrika Selatan.
Selain itu, PETRONAS akan menemui permintaan di sebahagian pasaran dan akan membuat adunan dalam masa yang sama PETRONAS juga akan meneroka pengeluaran minyak mentahnya di Sudah Selatan dan Chad untuk diadun dengan bahan api.