Input your search keywords and press Enter.

Abdul Hamid Bador Pemangku Timbalan KPN

M Update, 15/3/2019 – Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang bersara wajib Ahad ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yakin Abdul Hamid akan memikul amanah diberikan dengan cemerlang dan dapat memacu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharungi apa jua cabaran pada masa akan datang.

“Saya yakin sahabat lama ini akan meneruskan legasi kerana kita bekerja bukan kepentingan diri tetapi demi menjaga amanah diberi. Bagi pihak pasukan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri (Noor Rashid) yang menaburkan khidmat bakti serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada PDRM” – KPN Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply