Input your search keywords and press Enter.

Peristiwa Berdarah Di Lukut

Menyingkap sejarah awal Lukut yang bermula awal kurun ke-19, daerah tersebut dibuka oleh kerabat diraja Selangor, Raja Busu. Lukut dibuka kerana potensi hasil buminya yang menjadi tumpuan ramai pelombong bijih timah. Dalam catatan jurnal Sejarah Lukut tulisan Zulkapli Othman dan Mohd Khalid Yasin, Lukut dahulu merupakan sebahagian daripada wilayah Selangor.

Raja Hassan bin RM Raja Nala ibni Almarhum Sultan Salehhuddin atau juga lebih dikenali sebagai Raja Busu ialah anak kepada Yang Teramat Mulia Raja Muda Raja Nala ibni Sultan Salehuddin. Menurut J. M. Gullick, perkataan ‘Busu’ adalah berdasarkan kepada Bongsu yang menjadi panggilan dalam sistem kekeluargaan orang Melayu yang memberi maksud anak yang paling muda atau terakhir sekali.

Raja Busu dipercayai telah datang dan meneroka Lukut pada sekitar tahun 1815 dan mula bergiat aktif dalam kegiatan perlombongan bijih timah. Beliau dilantik sebagai pembesar Lukut di bawah naungan kerajaan Selangor dan dalam masa yang sama segala hasil bijih timah adalah menjadi milik beliau sepenuhnya tanpa cukai oleh Sultan Selangor.

Lukut menjadi daerah yang sibuk dan Raja Busu telah membawa masuk pelombong-pelombong Cina terutama dari Melaka untuk bekerja di lombong-lombong daerah ini. Menurut catatan, Orang Melayu banyak memainkan peranan sebagai penguasa lombong-lombong, manakala orang-orang Cina hanya menjadi pekerja-pekerja mereka. Segala hasil cukai akan diserahkan kepada Raja Busu.

Penduduk Lukut semakin ramai menjelang 1818, dipercayai populasi penduduknya seramai 1,000 orang di mana 1/3 adalah orang-orang Cina.Hasil bijih timah juga semakin meningkat dan dipercayai dapat diperolehi sebanyak 3,600 pikul setahun. Pada tahun 1834, Raja Busu memutuskan untuk mengenakan cukai sebanyak sepuluh peratus (10%) ke atas timah semua yang telah diekstrak dan dieksport keluar dari Lukut. Peraturan baru ini telah menyebabkan kemarahan para pelombong dan peniaga cina, serta para penyokong kewangan mereka di Melaka.

Pemberontakan Bermula

Pada suatu pagi yang gelap, lebih kurang pada bulan September tahun 1834. Satu kejadian tragis dan menyedihkan telah berlaku apabila para pemberontak di kalangan orang cina telah menyerang istana Raja Busu di Kota Lukut ini. Mereka telah menyusun serangan dengan rapi tanpa diketahui oleh sesiapa di kalangan orang Melayu ketika itu.Para pemberontak ini telah berjaya membunuh para pengawal di sekitar kota. Kemudian mereka mengepung istana Raja Busu. Dengan dipenuhi perasaan marah yang meluap-luap, mereka menjerit dan menuntut Raja Busu untuk keluar dari istana atau mereka akan membakar istananya.

Raja Busu yang mendengar kata-kata pemberontak cina yang telah mengepungnya ini menjawab: 
“Kami, orang-orang Islam tidak takut untuk mati, lakukanlah apa yang kamu suka jika kamu berani!” Apabila mendengar jawapan Raja Busu ini, para pemberontak cina telah menyerang dan membakar Istana dan rumah Melayu berdekatan, dengan beratus-ratus orang melayu yang dirompak dan juga dibunuh.

Para pemberontak dari kalangan pelombong cina ini telah membunuh mereka dengan kejam, termasuk Raja Busu sendiri, isteri dan anak-anaknya. Dipercayai semasa Raja Busu melawan dan keluarganya cuba menyelamatkan diri, mereka telah ditangkap dan telah dicampakkan ke dalam api istana mereka yang sedang terbakar. Adalah dipercayai, hasil rompakan yang diperolehi dari istana Raja Busu berserta segala perhiasan dari China termasuk, emas permata sahaja dianggarkan kira-kira 3,500 paun.

Melarikan diri Ke Melaka

Orang-orang Melayu yang terselamat dari serangan ini melarikan diri ke kawasan desa dan daerah berhampiran dan segera menyampaikan berita SEDIH ini. Mendengarkan berita PEMBUNUHAN RAJA BUSU dan keluarganya yang dibunuh dan dicampakkan ke dalam api istananya sendiri. Orang-orang Melayu di sekitar negeri dan daerah ini telah SEGERA berhimpun dan bersedia untuk menyerang balas Lukut sebagai membalas dendam atas PEMBUNUHAN dan KEMATIAN seorang anak raja Melayu oleh para pendatang cina di sana.

Akibat serangan balas orang-orang Melayu, orang-orang cina yang memberontak tadi segera melarikan diri ke sempadan British – Belanda Melaka. Namun mereka telah diserang hendap dan dibunuh oleh orang-orang Melayu yang telah siap sedia mengepung kawasan laluan keluar dari Lukut.

Akibat serangan balas orang-orang melayu yang marah terhadap kebiadapan, kecurangan dan pengkhianatan orang-orang cina yang membunuh Raja melayu ketika itu. Ramai orang-orang cina lari memasuki Melaka yang ketika itu dibawah pemerintahan Belanda di Melaka untuk mencari perlindungan. Oleh kerana itu, terdapatlah nama Lubuk Cina di Melaka, iaitu Lubuk Cina Besar dan Lubuk Cina Kecil sempena mengambil nama tempat pelarian-pelarian dari kalangan orang cina yang datang untuk berlindung sebagai pelarian dari Lukut.

Akibat dari serangan balas orang-orang melayu ini juga, banyak kampung-kampung dan lombong milik orang cina di Lukut telah ditinggalkan kosong selama bertahun-tahun.

Leave a Reply