Input your search keywords and press Enter.

Pencemaran Kimia : The Unsung Hero

M Update, 15/3/2019 – Kes pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang telah masuk hari ke sembilan hari ini. Seramai 780 mangsa gas kimia dirujuk ke pusat rawatan awal, manakala seramai 220 mendapatkan rawatan susulan di dua hospital di Johor, dalam tempoh 24 jam sehingga awal pagi hari ini.

Seramai enam pasukan daripada klinik kesihatan, melibatkan sebanyak dua ambulans dan pasukan dari Hospital Sultanan Aminah ditambah pula dengan petugas kesihatan daripada badan bukan kerajaan turut serta menghulur bantuan.

Para petugas tidak mengira masa menjalankan tugas dan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa tanpa mengenal penat lelah sehingga ada yang terpaksa mencuri masa untuk mengisi perut. Walaupun kesihatan mereka juga terancam tetapi ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menghulurkan bantuan. Selain itu juga, anggota keselamatan seperti bomba dan polis juga masih komited dalam menjalankan tugas membantu mangsa.

Makan pun curi-curi masa je..
Kerja sampai malam..
Tak lupa bomba dan pagawai keselamatan dan polis bertugas dan semua terlibat

Gambar : 999 Malaysia

Leave a Reply