M Update, 18/3/2019 – Seorang wanita maut selepas motosikal yang dibonceng terbabit kemalangan dengan bas ekspres di Jalan Tanah Merah-Gua Ipoh di Kampung Kubang Gali, Tanah Merah, 9.40 malam tadi.
Mangsa Patiah Hamzah, 54, meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat parah di kepala, manakala Suaminya, Ad Adzi Hussin, 64, mengalami calar di tangan kanan dan sakit dada.
Ketika kejadian bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari arah Kota Bharu ke Terengganu.
Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu bas melihat motosikal dari arah sama berada di hadapan dan dia memperlahankan kenderaan dengan memberi isyarat lampu untuk mengelak ke sebelah kiri jalan.
Bagaimanapun, penunggang motosikal yang terkejut secara tiba-tiba mengubah haluan ke sebelah kiri jalan. Akibat jarak terlalu dekat, bas itu terlanggar bahagian belakang motosikal, menyebabkan penunggang dan pemboncengnya terjatuh.
Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut namun pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia pada jam 10 malam
Sumber : Harian Metro