Input your search keywords and press Enter.

6,000 kanak-kanak di Palu masih tinggal di khemah

 Foto AFP

M-Update,27/3/2019, JAKARTA: Beribu-ribu kanak-kanak masih tinggal di kawasan penempatan sementara selepas enam bulan gempa bumi dan tsunami melanda Palu, kata agensi bantuan hari ini, ketika pihak berkuasa bergelut menguruskan proses pemulihan yang terlalu perlahan.

Kira-kira 170,000 penduduk dari Palu dan daerah sekitarnya masih tidak mempunyai tempat tinggal dan seluruh kawasan masih belum dipulihkan, walaupun kawasan lain kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Enam bulan selepas bencana kami masih bimbang dengan kehidupan kira-kira 6,000 kanak-kanak yang masih tinggal di tempat perlindungan sementara seperti khemah, termasuk ribuan daripada mereka yang tinggal di rumah yang musnah,” kata juru cakap ‘Save the Children’, Tom Howells.Salsa, 10, dan keluarganya hidup di dalam khemah yang kotor sejak gelombang ganas membadai rumah mereka di Donggala, kawasan dekat pusat gempa.

“Kami menggunakan bateri untuk menyalakan lampu. Kebiasaannya ketika kami tidur banyak tikus berkeliaran,” katanya.Hujan monsun juga membawa wabak malaria dan demam denggi, sementara penduduk di kawasan teruk terjejas terpaksa melalui pembetung terbuka dan timbunan serpihan tajam.

Menurut Agensi Bencana Kebangsaan, gempa bumi berukuran 7.5 magnitud disusuli kejadian tanah runtuh di pekan pantai pulau Sulawesi itu pada September tahun lalu, membunuh lebih 4,300 orang. – AFP

Leave a Reply