Dengan zaman teknologi yang semakin canggih di seluruh dunia, pelbagai kemudahan dirasai oleh para pengguna. Salah satu perubahan yang peling ketara dimana ia digunakan oleh seluruh generasi ialah teknologi digital. Dengan adanya teknologi digital, ia dapat memudahkan cara pembayaran daripada pelanggan kepada penjual. Salah satu trend yang memberi impak besar di Malaysia pada waktu ini ialah e-wallet atau dompet digital.
E-wallet ialah pertukaran yang dibuat untuk emmbayar produk atau perkhidmatan yang digunakan oleh pelanggan baik secara luar talian atau dalam talian yang membabitkan pelbagai urusan dan sektor termasuk sektor pelancongan. Seperti sektor-sektor perkhidmatan dan penawaran yang lain, sektor pelancongan juga menerima kesan daripada perkembangan teknologi digital. Kewujudan platform tempahan penginapan seperti Airbnb, Trivago, Agoda, Expedia, platform perkongsian dan platform khidmat pelancongan sudah mengubah senario industri pelancongan.
Malah untuk mencari penerbangan yang murah serta menempah tiket penerbangan, pengguna hanya perlu menggunakan platform digital kerana ia memudahkan dan perbandingan harga senang dilakuakn. Dengan penggunaan telefon pintar yang tinggi dan penggunaan data mudah alih di Malaysia, ia memberikan asas kukuh untuk e-wallet bergerak dan berkembang pesat.
Berdasarkan kaji selidik firma Pew Research Centre baru-baru ini, Malaysia adalah antara negara mencatatkan jumlah penduduk yang memiliki telefon pintar tertinggi apabila menduduki tempat ke-10 dalam ranking dunia.
Pengguna e-wallet akan terus meningkat apabila didorong oleh peningkatan populariti beli-belah atas talian berasaskan aplikasi, perkhidmatan e-hailing, permainan dalam talian dan e-dagang. Ini pastinya dapat merancakkan industri pelancongan Segala sektor yang menyediakan perkhidmatan e-wallet akan lebih berkembang pesat apabila perkhidmatan 5G bakal diperkenalkan dan susah tentu para pelanggan tidak sabar untuk menggunakan perkhidmatan yang laju itu.
Pelbagai kajian dibuat berkaitan e-wallet. Contohnya, kajian dari PWC Malaysia melaporkan Malaysia menunjukkan peningkatan dalam industri e-wallet. Tahun 2018 adalah tahun pertumbuhan landskap pembayaran digital dengan kemunculan lebih daripada 40 pemain e-wallet di Malaysia. Terdapat 28 pada 2016.
Melancong merupakan perkara yang sering dan sangat disuaki oleh rakyat Malaysia tidak kira dalam mahupun luar negara. Maka tidak hairanlah setiap kali pesta pelancongan diadakan misalnya Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2019 di Kuala Lumpur, baru-baru ini menyaksikan kunjungan lebih 100,000 orang mencari pakej menarik yang ditawarkan.
Trip pelancongan antarabangsa membabitkan rakyat Malaysia pada 2016 ialah 11.9 juta dan dijangka berkembang pada kadar purata 3.5 peratus setiap tahun mencecah dan dijangka mencecah 14.2 juta trip menjelang 2021.
Pelancong Malaysia tidak mahu membawa terlalu banyak mata wang asing ke luar negara di atas faktor keselamatan. Jika kita pergi ke India atau Indonesia, anda tidak boleh membawa wang tunai yang besar, dan sebahagian besar kedai di India dan Indonesia, sudah pun dipasang terminal visa yang membolehkan pelancong membuat transaksi.
Sesetengah negara mempunyai peraturan yang ketat. Contohnya terdapat sekatan tidak membenarkan pelawat dan pelancong membawa masuk atau keluar sebarang denominasi mata wang India. Ini mendorong pelancong Malaysia menggunakan e-wallet. Tidak dapat disangkal lagi, teknologi baharu sedikit sebanyak menyingkirkan penggunaan syiling dan wang kertas di seluruh dunia. Banyak perkembangan baharu yang sudah berlaku pada akhir-akhir ini. Walaupun kadar peralihan berbeza dari negara ke negara, terdapat beberapa tanda bahawa kita dengan cepat bergerak menuju ke arah masyarakat tanpa tunai.