Input your search keywords and press Enter.

Sumber Emas CNMC di Kelantan Tinggi

Menurut kajian firman perundingan perlombongan berpangkalan di Australia, Optiro Pty Ltd, Projek Sokor di Kelantan yang dimiliki CNMC Goldmine Holdings Ltd dari Singapura mempunyai anggaran emas bawah tanah sebanyak 914,000 auns pada 31 Disember 2018. Ia merupakan anggaran tertinggi direkodkan sejak CNMC mula meneroka pad tahun 2007 dalam tapak yang berkeluasan 10km persegi itu.

Ketua Pegawai Eksekutif CNMC, Chris Lim, dalam satu kenyataan berkata penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan syarikat bahawa Sokor akan kekal menjadi projek berdaya maju dan ia mencerminkan peningkatan berbanding daripada jangkaan sebanyak 724,000 auns emas pada 31 Disember 2017.Pelaburan ini akan memacu pertumbuhan pengeluaran termasuk usaha dalam pengurangan kos bagi tahun-tahun akan datang.

Sejumlah 31,473 auns emas terhasil direkodkan dan ia adalah gandaan daripada 14,817 emas asli yang dikeluarkan pada tahun 2017. Ini adalah sebab CNMC merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran emas serta pembinaan infrastruktur baharu seperti talian grid kuasa nasional.

Sumber mineral di Sokor dilaporkan mengikut garis panduan menurut Kod Australasian bagi Pelaporan Hasil Carigali, Sumber-Sumber Galian dan Simpanan Timah.

Laporan Optiro menjelaskan bahawa terdapat potensi baki yang besar dalam lesen perlombongan Blok Sokor untuk mencari emas tambahan serta pemineralan logam dan ia juga menampilkan kewujudan sejumlah sumber perak, plumbum dan zink sehingga pada 31 Disember 2018.

Dalam kenyataan lain, CMNC sedang menumpukan usaha kepada membangunkan projek Medan Emas Sokor dan mengenal pasti lima kawasan deposit emas iaitu di Manson’s Lode, New Discovery, New Found, Sg Ketubong dan Rixen.

Leave a Reply