Input your search keywords and press Enter.

KLIA2 ‘Top 3’ Lapangan Terbang Kos Rendah Terbaik Dunia

M Update, 3/4/2019 – Betapa bangganya kita sebagai rakyat Malaysia apabila Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) berjaya menempatkan diri dalam senarai tiga teratas sebagai lapangan terbang kos rendah terbaik di dunia dengan berada di tangga ketiga.

KLIA2 berjaya menaikkan kedudukan dengan melonjak satu anak tangga jika dibandingkan dengan tahun lepas ini menyusuli kemenangan Lapangan Terbang Kansai, Jepun (Terminal 2) di tempat pertama dan Lapangan Terbang Narita, Tokyo (Terminal 3) di tempat kedua.

Senarai ini dikeluarkan oleh SkyTrax, salah satu platform yang mengumpulkan tahap kepuasan penumpang kapal terbang bagi mengkaji mutu perkhidmatan industri penerbangan.

Sumber : Astro Awani

Leave a Reply