Input your search keywords and press Enter.

Sekolah Di Venezuela Kembali Beroperasi

M Update, 04/04/2019 –  Sekolah di Venezuela kembali beroperasi semalam, selepas ditutup selama beberapa minggu, berikutan masalah bekalan elektrik yang melanda negara itu.

Keadaan itu menimbulkan rasa senang ibu bapa kerana berdepan masalah penjagaan anak, selain memaksa kementerian pelajaran melanjutkan tempoh persekolahan bagi tahun ini.

Dua insiden bekalan elektrik terputus teruk menyebabkan kerajaan terpaksa mengarahkan semua sekolah di seluruh negara ditutup.

Terdahulu, Presiden Nicolas Maduro, berkata sesi persekolahan akan kembali beroperasi hari ini.

Agensi berita AVN yang memetik Menteri Pelajaran, Aristobulo Isturiz, melaporkan sesi persekolahan selalunya berakhir pada awal Julai, namun ia akan diteruskan sehingga akhir bulan itu. – Reuters

Leave a Reply