Input your search keywords and press Enter.

Parti Pro-Marijuana Thailand Jadi Rebutan Bentuk Pakatan

M Update, 05/04/2019 – Thailand mengadakan pilihan raya pertama sejak rampasan kuasa 2014, bulan lalu dan Bhumjaithai muncul sebagai rakan kongsi utama selepas menang 39 kerusi Parlimen dan berada di tempat kelima undian popular.

Seorang pemimpin parti pro-marijuana daripada keluarga berpengaruh menjadi rebutan ketika dua parti utama memerlukan penyertaannya dalam pakatan dan kerusi parti selepas keputusan pilihan raya dipertikaikan bulan lalu.

Parti Bhumjaithai bermaksud ‘Maruah Thai’ diketuai Anutin Charnvirakul, anak lelaki jutawan pembinaan kaya raya dan penyokong ganja perubatan.

Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara meluluskan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan Disember lalu, namun Bhumjaithai mahu membenarkan isi rumah menanam enam pokok setiap satu dalam pendekatan meniru negeri California, Amerika Syarikat (AS).

Kempen mereka mendapat perhatian apabila menggunakan daun ganja pada poster. Selain itu ia mahu menyahkawal selia perniagaan, mempromosi perkhidmatan pengangkutan dan empat hari bekerja seminggu ketika janji kempen.

“Marijuana memiliki lebih banyak manfaat positif berbanding negatif,” kata Anutin, 52, dalam wawancara hampir dua minggu selepas pilihan raya 24 Mac lalu.

Anutin menjelaskan, dasarnya perlu disokong kumpulan yang melihat sokongan dalam pakatan.

“Kami perlu memilih parti yang dapat menerima dasar kami,” katanya menambah beliau mahu rakyat memiliki akses kepada industri sedang berkembang supaya syarikat besar tidak akan menguasainya.

Pilihan partinya adalah antara Phalang Pracharat disokong junta atau Pheu Thai, yang membentuk pakatan dengan enam lagi parti anti-junta serta mendakwa memperoleh majoriti dalam dewan rakyat.

Penganalisis juga menyebut Anutin sebagai perdana menteri mungkin dalam tawar menawar lumayan yang mungkin termasuk kesetiaan partinya.

Walaupun beliau enggan memperincikan parti mana dipilihnya sebelum keputusan penuh diumumkan 9 Mei ini, Anutin berkata, Bhumjaithai mencari parti yang mengetengahkan perpaduan, mengambil pendekatan ‘Thailand pertama’ dan menghormati golongan raja.

Kedua-dua pemimpin atasan parti mengunci mulut semalam jika mereka sudah menawarkan pakatan kepada Anutin.

“Saya tidak mahukan golongan partisan. Saya mahu semua orang bersama mencari penyelesaian terbaik untuk negara,” kata Anutin. -AFP

Leave a Reply