Input your search keywords and press Enter.

Polis Tentera Tembak Mati 10 Perompak Bank

M Update, 05/04/2019 – Polis tentera Brazil menembak mati sekurang-kurangnya 10 perompak sebuah bank yang cuba meletupkan sebuah mesin ATM berhampiran Sao Paulo, hari ini.

Jabatan Negeri Sao Paulo dalam satu kenyataan berkata, gerakan memburu besar-besaran sudah dilancarkan bagi menangkap baki perompak yang berjaya melarikan diri dalam kejadian di kawasan perbandaran Guararema, 80 kilometer di timur laut bandar terbesar Brazil itu.

Beberapa perompak terbabit turut memecah masuk kediaman beberapa penghuni dan menahan mereka sebagai tebusan sebelum kesemuanya diselamatkan polis tentera.

Menurut kenyataan itu lagi, insiden berkenaan membabitkan kira-kira 25 perompak.

Polis semasa memeriksa lokasi kejadian turut menemui tujuh pucuk rifel, empat pistol, bahan letupan dan ves kalis peluru.

Visual oleh stesen televisyen Brazil menunjukkan bahawa antara bank yang menjadi sasaran kesemua perompak berkenaan terletak bersebelahan dengan balai polis manakala sebuah lagi berada di hujung jalan. – AFP

Leave a Reply