Input your search keywords and press Enter.

Insentif RM2,000 Dibayar Pada 23 Februari 2024

M Update, 06/02/2024 – Yang dinanti-nanti bakal tiba. Bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan disalurkan pada 23 Februari 2024 ini.

Selain itu, sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada semua jawatan utama sektor awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform serta semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.