Input your search keywords and press Enter.

Cathay Dragon Mendarat Cemas Di Taiwan

M Update, 08/04/2019 – Syarikat induk penerbangan itu, Cathay Pacific, berkata pesawat KA451 dari Kaohsiung ke Hong Kong membuat ‘pusingan udara’ dan mendarat dengan selamat di bandar raya berkenaan.

Pesawat Cathay Dragon dari Taiwan ke Hong Kong melakukan pendaratan cemas hari ini di bandar raya Kaohsiung selepas mengalami isu teknikal, sejurus berlepas, kata syarikat penerbangan.

Pegawai Pentadbiran Aeronautik Sivil (CAA) Taiwan berkata, kecemasan disebabkan kegagalan teknik pada salah satu enjin, dan menafikan laporan media negara itu bahawa ia melanggar burung.

Pegawai enggan dikenali itu menambah, siasatan kini sedang dijalankan.

Akhbar Apple Daily memetik pegawai penerbangan tempatan sebagai berkata enjin kanan pesawat itu mengeluarkan asap ketika berlepas dan penduduk tempatan berhampiran berkata mereka mendengar bunyi letupan.

Cathay berkata, ia adalah Airbus A330 dan urusan dilakukan untuk memindahkan penumpang ke pesawat baru. — AFP

Leave a Reply