Input your search keywords and press Enter.

Tahniah Awang Din Dilantik KPD Kuching

M update, 8/4/2019 – Kepercayaan diberi pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelantikan Awang Din sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching yang baharu menjadi satu cabaran berat yang harus dipikul olehnya.

Lebih mencabar lagi, sepanjang 28 tahun perkhidmatan dalam PDRM, beliau belum pernah bertugas di Sarawak.

Selepas menamatkan latihan pada 1991, beliau berkhidmat di beberapa tempat di Semenanjung dan inilah pertukaran yang pertama ke tempat asal di Sarawak.

“Saya sedia maklum cabaran berat untuk mengekalkan kesejahteraan bandar raya ini dan bersedia untuk menghadapinya,”- Awang Din

Jawatan terakhir Awang Din sebelum bertukar ke Sarawak ialah Ketua Unit Siasatan Jenayah Tanah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman dan sebelum itu beliau pernah berkhidmat di Melaka serta Johor.

Dengan komitmen tinggi semua pegawai dan anggota di IPD Kuching, beliau yakin mampu meneruskan kecemerlangan PDRM memastikan keamanan serta menurunkan kadar jenayah indeks di bandar raya ini.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply