Input your search keywords and press Enter.

Wanita Indonesia Gagal Rayuan Hukuman Hina Azan

M Update, 09/04/2019 – Dalam penghakimannya, mahkamah menolak permohonan rayuan Meliana, 44, selepas mengadu masjid di kawasan kediamannya mengeluarkan bunyi yang kuat.

Keputusan yang diperoleh pada 27 Mac lalu itu, dimuat naik menerusi laman web web mahkamah, hari ini.

Mahkamah Agung Indonesia hari ini, mengekalkan hukuman penjara terhadap ibu kepada empat orang anak yang disabitkan bersalah, tahun lalu, atas tuduhan melemparkan kata-kata kesat dan menghina agama.

Beliau yang menetap di Medan, Pulau Sumatera adalah wanita keturunan China dan beragama Buddha.

Indonesia mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di dunia, selain penganut agama Buddha, Kristian dan minoriti agama lain.

Menurut peguamnya, Meliana mengeluarkan kenyataan itu dalam satu perbualan tertutup pada 2016, mengenai pembesar suara masjid yang kuat.

“Kenyataan itu diputar belit seolah-olah menunjukkan beliau menentang bunyi azan itu sendiri dan ia terus diperbahaskan oleh masyarakat serta menerusi media sosial,” kata pasukan undang-undangnya.

Ketika ini, Meliana sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan di Medan. – Reuters

Leave a Reply