Input your search keywords and press Enter.

Saham MHB Naik.

Perjanjian bagi pemulihan bersepadu mekanikal utama dan penyelenggaraan mekanikal statik  diantara Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) dan rakan kongsinya, Hiap Seng Engineering Ltd dengan PETRONAS telah menaikkan saham Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) sebanyak 5% kepada 84 sen dengan 1.3 juta saham diniagakan.

Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE)  merupakan anak syarikat  Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB). Perjanjian itu dah bagi  tempoh lima tahun dengan pilihan untuk dilanjutkan oleh syarikat minyak negara PETRONAS.

Perjanjian ini merupakan berita dan perkara positif berhubung MHB dan strategi kumpulan mempelbagaikan dan menawarkan tender bagi lebih banyak kerja berasaskan penyelenggaraan, berikutan pengurangan pemberian kontrak besar dalam Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan, Pemasangan dan Pengoperasian (EPCIC).

Leave a Reply