Input your search keywords and press Enter.

Cabaran Orang Besi Para

M Update, 12/4/2019 – Seramai 23 pegawai dan 256 anggota menyertai Pertandingan Tacthlon dan Ujian Kemahiran Menembak (UKM) Peringkat 10 Briged (Para) di Markas 10 Briged Para, Kem Terendak, Sungai Udang.

Pertandingan selama lima hari bermula Ahad lalu disertai wakil pegawai dan anggota dibawah naungan Ketumbukan 10 Briged Para yang disempurnakan Panglima 10 Briged Para Brigadier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal.

Bagi pertandingan Tacthlon, seramai 14 pegawai dan 42 anggota lain-lain pangkat berdepan pelbagai cabaran menuntut keupayaan kemahiran individu, ketahanan fizikal serta mental.

Antara halangan perlu dilepasi peserta adalah terowong, kolam, tembok enam kaki, tebing, palang berganda, titi bertingkat, dawai kawat, palang berlapis dan paya semula jadi.

Cabaran akhir pula menembak tiga jenis senjata iaitu mesingan ringan, raifal M4 dan pistol.

Bagi UKM dibahagikan kepada tiga kategori pula disertai sembilan pegawai dan 214 anggota.

Sementara itu johan kategori Pegawai Pertandingan Tachtlon milik Leftenan Mohd Hafiz Md Arsad mewakili Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) (Para).

Kategori Pegawai Tanpa Tauliah Kanan pula milik Sarjan Azman Hujak (Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja) dan kategori Pegawai Tanpa Tauliah Rendah milik Prebet Mohd Farith Mohd Zaki daripada Batalion ke-17 RAMD (Para).

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply