Input your search keywords and press Enter.

FGV Cari Jalan Penyelesaian

FGV bersetuju dengan perancangan kerajaan untuk memulihkan FELDA dan komitmen baharu untuk mengukuhkan situasi kewangan peneroka FELDA.dengan mempelbagaikan sumber pendapatan peneroka. Langkah ini merupakan tindakan positif dan FGV bersetuju bahawa terdapat keperluan segera untuk menyemak semula terma dalam Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dengan FELDA.

Rancangan ini menjadi keperluan memandangkan perkara ini kerap kali dibangkitkan sejak tiga tahun lalu, hingga mencetuskan ketindaktentuan dan kebimbangan dalam kalangan pemegang saham FGV.

Bagi mencari jalan penyelesaian terbaik, FGV Holdings Bhd (FGV) mengadakan perbincangan strategic dan meneroka potensi kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada pemegang saham.

Di bawah terma semasa LLA, FGV perlu membayar pajakan tetap kira-kira RM250 juta setahun untuk tempoh selama 99 tahun, bermula dari tahun 2012. Bayaran sebanyak RM250 juta ini dibayar tanpa mengira pergerakan harga semasa minyak sawit mentah (MSM).

FGV komited untuk membayar FELDA sebanyak 15% daripada keuntungan hasil lading LLA dan jumlah keseluruhan yang dibayar FGV kepada FELDA sejak 2012 adalah RM2.26 bilion.

FGV memenuhi semua tanggungjawab di bawah LLA. Sebagai sebuah syarikat senaraian awam, FGV perlu mendapatkan kelulusan daripada pemegang saham jika mahu melakukan sebarang pindaan dalam LLA.

Malah, FGV akan mengumumkan keputusan kewangan suku pertama 2019 pada Mei 2019 dan bakal meletakkan syarikat itu di landasan betul untuk mencapai pertumbuhan mampan hasil daripada semua langkah positif yang diambil sejak Oktober 2018.

Leave a Reply