M Update, 18/4/2019 – Sebut je travel mesti hati berbunga-bunga. Apa yang kita bayangkan adalah suasana yang tenang dan damai, bebas dari kesesakan kota.
Suasana melancong yang menarik dan selamat adalah keinginan semua para pelancong. Namun, cuba bayangkan jika kita terlibat dengan kemalangan yang merosakkan ketenangan percutian. Pasti kita tidak mahu kan?
Jadi, perkara apa yang perlu kita elak untuk mendapat percutian yang berjalan lancar, aman dan damai?
1. Berpakaian secara berlebihan
Jika anda bukan seorang influencer, jangan abaikan perkara ini. Perkara paling penting ketika travel tidak perlu anda berpakaian berlebihan seperti seorang model. Pakai pakaian yang mudah untuk anda berjalan jauh.
2. Memakai terlalu banyak perhiasan
Orang jahat memang akan ada dimana-mana. Memakai perhiasan berlebihan sama seperti memberi kesempatan kepada mereka untuk merompak. Jadi, sebolehnya elakkan menggunakan perhiasan yang berlebihan ketika travel. Hanya guna aksesori seperti gelang dan rantai yang bukan daripada barang berharga.
3. Membawa terlalu banyak beg
Bukan sahaja rumit dan melecehkan, membawa banyak jenis beg membuka peluang kepada penjenayah. Mereka akan menggunakan peluang apabila anda cuai atau terganggu. Maka, pastikan hanya satu atau dua beg yang mudah untuk anda bawa ke mana-mana dan cantik untuk anda bergambar.
4. Mudah percaya dengan orang lain
Buat anda yang suka travel secara solo, jangan mudah percaya dengan orang lain mengajak untuk berborak. Jika ada orang asing yang mendekati dan bertanya hal peribadi seperti tujuan, penginapan dan sebagainya, tidak perlu menjawabnya dengan jujur. Jangan mudah terpedaya dan terlalu ramah dengan orang tempatan.
5. Membuka dompet di depan umum
Sebagai seorang pelancong, sudah pasti akan membawa wang secukupnya sepanjang percutian. Tapi jangan sampai anda menunjukkan isi dompet di depan khalayak ramai kerana mungkin ada mata yang memerhati dari jauh dan menunggu peluang menjadi sasaran.
6. Nampak keliru
Jika anda pertama kali melancong secara solo di sesuatu tempat, pasti ada timbul masalah yang mengelirukan. Tapi, jangan sampai ekpresi wajah itu nampak sangat terlalu keliru kerana anda akan dilihat sebagai seorang asing yang tidak tahu langsung tentang kawasan yang anda melancong. Hal ini akan memberi peluang kepada penduduk setempat mengambil kesempatan kepada anda (yang berniat tidak baik). Sebaliknya, anda perlu bersikap tenang dahulu kemudian mencari jalan untuk masalah anda.
Melancong memang akan membuat sesiapa pun gembira, tetapi perlu ingat tentang keselamatan sepanjang destinasi. Bersederhanalah kita ketika melancong.
Sumber : IDN Times