Input your search keywords and press Enter.

Milner sokong United

M-Update,23/4/2019, Pemain tengah Liverpool, James Milner, akan menyokong Manchester United buat kali pertama dalam hidupnya, namun akan mengelak daripada menyaksikan pertembungan dengan Manchester City itu.’Derby’ Manchester awal pagi Khamis ini akan menjadi pertemuan terpenting dalam perebutan Liga Perdana Inggeris musim ini, dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu hanya berkelebihan dua mata di puncak liga, namun City masih memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Bekas pemain tengah City dan Leeds United, Milner, berkata dia akan memberikan sokongan buat skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu.”Ia kali pertama dalam hidup saya, namun saya tidak akan menyaksikan perlawanan itu.”Ia agak membazirkan tenaga untuk mengharapkan bola itu masuk ke gawang lain. “Saya tidak dapat melakukan apa-apa tentangnya.”Saya mungkin akan meletakkan telefon bimbit saya jauh sedikit untuk beberapa jam sebelum melihat keputusannya selepas itu. “Saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan, mungkin keluar makan,” katanya.

Dengan hanya tiga perlawanan berbaki, Liverpool kini mengumpul 88 mata dan mampu menamatkan liga dengan 97 mata, namun ia masih belum dapat memastikan mereka meraih kejuaraan yang kali terakhir dijulang pada 1990 itu.Ketika Liverpool akan berdepan Huddersfield Town, Newcastle United dan Wolves dalam baki saingan, City pula akan bertemu Burnley, Leicester City dan Brighton and Hove Albion selepas perlawanan ‘derby’ itu.

“Masih ada tiga perlawanan selepas (derby) itu.”Ramai menyangkakan United merupakan cabaran terakhir, namun mereka bukanlah satu-satunya.”Ia amat klise, namun Liga Perdana amat mencabar, terutama ketika berdepan pasukan yang sedang bergelut di dasar liga,” tambahnya.

–AstroArena

Leave a Reply