M Update, 30/4/2019 – Dua pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dengan sebuah van di Jalan Tanah Merah-Gual Ipoh dekat Kusial Bahru, Tanah Merah, semalam.
Dalam kejadian 3.50 petang itu, mangsa, Muhammad Alif Najmi Imran dan Mohamad Ziyadi Nik Mustapha masing-masing berusia 16 tahun meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan. Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal berkenaan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van.
Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Ipoh tercampak menyebabkan penunggang motosikal maut di lokasi kejadian manakala pembonceng meninggal dunia di hospital.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad, berkata ketika kejadian, motosikal ditunggang Muhammad Alif Najmi dari Gual Ipoh menghala Kusial Bahru.
Mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM). Ketika kejadian, kedua-dua mangsa tidak memakai topi keledar,” katanya. Katanya, pemandu van iaitu lelaki berusia 47 tahun cedera dan menerima rawatan di hospital dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – HM Online