M Update, 6/5/2019 – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam agar menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan untuk mengawal nafsu dan bukan semata-mata bulan untuk beribadah.
Dalam pada itu, Dr Mahathir juga mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan pembaziran dengan membeli juadah secara berlebihan di bazar Ramadan. Katanya, walaupun peniaga di bazar Ramadan mengharapkan untuk mendapat pendapatan lebih, tetapi dalam masa yang sama umat Islam yang berpuasa mesti mengawal diri daripada membazir wang yang ada
Kita anggap puasa ini sebagai satu ibadah yang penting dalam membentuk peribadi kita. Kerana dalam bulan puasa kita mengawal diri daripada melakukan apa-apa yang dilarang oleh agama Islam, khususnya. Bukan hanya tak boleh makan tetapi masih banyak lagi yang perlu kita kawal.
Ini khasiat daripada amalan puasa pada bulan Ramadan. Insya-Allah kita akan dapat berpuasa dalam keadaan yang sempurna dan saya harap kita semua akan menjadi manusia yang lebih baik kerana kawalan diri yang kita amalkan,” katanya dalam rakaman perutusan Ramadan yang disiarkan di saluran TV1 semalam. – BERNAMA