Input your search keywords and press Enter.

Gunung Sinabung sembur debu, asap

M Update, 07/05/2019 – Gunung berapi di Indonesia meletus hari ini, menyemburkan debu dan asap kira-kira 2,000 meter ke udara, menyebabkan beberapa kampung diliputi serpihan.

Gunung Sinabung di Sumatera, yang aktif sejak 2010 dan menyaksikan letusan dahsyat pada 2016, mengeluarkan asap tebal selepas aktiviti memuncak sejak beberapa hari lalu.

Pegawai agensi bencana berkata, letusan berpotensi menjejaskan penerbangan, tetapi tidak mengeluarkan notis rasmi bagi pesawat supaya mengelakkan kawasan itu.

Penduduk tempatan yang tinggal di sepanjang sungai berhampiran kawah dinasihatkan berwaspada dengan kemungkinan aliran lahar.

Tiada laporan kecederaan atau kematian diterima selepas letusan terbaru dan agensi bencana tidak mengeluarkan arahan pemindahan.

Tiada penduduk tinggal di zon larangan sekitar gunung itu.

Sinabung kembali aktif pada 2010 buat kali pertama sejak 400 tahun.

Selepas tempoh tidak aktif, ia meletus semula pada 2013, dan kekal aktif sejak itu.

Pada 2016, tujuh maut dalam salah satu letusan Sinabung manakala letusan pada 2014 mengorbankan 16 orang.

Indonesia memilik 130 gunung berapi aktif disebabkan kedudukannya dalam Lingkaran Api Pasifik. — AFP

Leave a Reply