Input your search keywords and press Enter.

Inisiatif Atasi Isu kekurangan Beras

M Update, 20/03/2024 – Kerajaan telah mengumumkan empat inisiatif untuk mengatasi isu kekurangan beras dalam pasaran.

Antaranya, kerajaan bersetuju supaya harga jualan runcit Beras Putih Import (BPI) diturunkan antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa segera.

Bagi meningkatkan akses rakyat kepada bekalan beras pada harga yang munasabah, kerajaan melalui mesyuarat NACCOL bersetuju supaya penurunan harga jualan runcit BPI di antara RM2 hingga RM3 di pasaran dilaksanakan berkuat kuasa hari ini Rabu, 20 Mac 2024.

Inisiatif ini dapat bantu rakyat kurangkan kos sara hidup terutamanya semasa bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal tiba.

Dalam meluaskan jaringan pengedaran BPT, aktiviti Jualan Agro MADANI yang dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga akan diperluaskan dari segi lokasi dan peningkatan kekerapan program.

KPKM memberi jaminan akan meningkatkan penguatkuasaan melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) di seluruh negara bagi memastikan semua inisiatif diumum dilaksanakan sepenuhnya.